~AKU TETAP AKU~


Dec 26, 2004
Perjalanan 2004 / 3

 

"2hb Dis 2004

Malam aku bertolak ke klia.... rasa berdebar2 semakin terasa .. almaklum lama dah jumpa dengan kawan di klia tu ( jaz & abby ).

Sampai kat klia .... aku kena menunggu lama barang2 yg aku bawa sama ... anak sedara dah 4 kali call suruh cepat ... takut kena saman ,,,,



Dah semua selesai .. aku call jaz nak jumpa beri ole2 daripada sabah .. Sambil2 tunggu mereka berdua ... aku call gagak .... kata nak jumpa ekekekek

Berdebar2 lak nak jumpa gagakhitam ... maklum asik bayangkan macam mana rupa dia ekekekeke..
dalam dok tunggu jaz ngan abby gagak sampai... jenmg jeng... dak dik dug dada ....

Ehmmm muda lagi gagak ni ... ingatkan dah berumur dan dah ada padang golf ekekekekeke
isssk tergoda lak ngan tahi lalat gagak ... issssk ingat kat tunang tu ... aku beri gagak ole2 dari sabah..

Sambil2 tunggu jaz .. aku dan gagak borak2 pasal gaht... and tempat penginapan yang gagak katakan tu ... harap2 esok semua berjalan lancar..

Dalam 1 jam jaz sampai ... sempat peluk2 lak ngan mereka berdua... aku beri ole2 buat emak bapa jaz .... tak lupa buat abby dan jaz juga ...happy sangat dapat jumpa mereka....

Aku terpaksa pergi kerana anak2 sedara dah mengatuk.... dalam perjalanan ke rumah mereka ,... abg sayang call buat spotcheck ekekeke... sesampai di rumah aku terus jer nak mandi lekit satu badan ...

Malam kuberadu dengan rasa puas kerana tujuanku dan kesampaian ... hanya menunggu hari esok menjelang
"


Posted at 04:08 am by nazmah
Make a comment  




Dec 24, 2004
PERJALANAN 2004 / 2

2HB DISEMBER 2004
Persiapan hari terakhir aku hari ini, sebelum aku berangkat pergi ke Kuala Lumpur.Rasa tak sabar ada rasa sedih pun ada.


Pagi-pagi aku selesaikan semua bil rumah flat ... kang balik kang bergelap pula rumah ... Dalam pada masa tu menyempat lagi aku berbelajna barang-barang yang belum aku lengkapkan.

Malam ni ada pulak bacaan yassin di rumah ... melepas pulak mengikutinya.Malam ni harap perjalananku lancar.Tak sabar lak nak jumpa dengan anak saudara di sana.

Sambil-sambil aku menunggu masa nak ke lapangan terbang, menyeptalaki masuk cahtting.. Memang sah tak boleh duduk diam....

Malam tadi aku menerima banyak pesanan dari yang tersayang .... ehmmm buat hati berat nak tinggalkan... Bila fikirkan kawan-kawan sedang menanti dan janji yang harus ditepati.. aku kuatkan semangat.

Aku menantikan apa kah perjalanan ku kali ini akan meninggalkan banyak kenangan yang menjadi simpulan dalam ingatan.... Tanah Semenajung nantikan kedatangan ku...
"

Posted at 04:47 am by nazmah
Make a comment  

PERJALANAN 2004

2HB DISEMBER 2004

Perjalanku untuk tahun 2004, akan bermula hari ini.Hari ini aku membuat persediaan untuk berangkat ke kuala lumpur.Rasa tak sabar dan rasa berdebar dan rasa gementar bercampur baur.


Setelah hampir setahun berpisah, maka aku bakal bertemu semula dengan sahabat-sahabat di tanah seberang.Kenangan Tahun 2003 masih terpahat di dalam ingatan.

Harapanku perjalanan 2004 kali ini akan menjadi perjalanan yang paling bermakna pada diriku.Entah tahun akan datang dapat tidak aku melaluinya.

Rasa rindu pada sahabat-sahabat di seberang sana amat terasa.Ingatan pada mereka tetap terpahat di minda dan di dalam sanubariku.KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Puterajaya tunggu kedatangan ku.

Kali ini Pulau Pinang dan Langkawi destinasi idaman ku.Tunggu wahai Pulau Idaman aku akan sampai ke tepi pantaimu yang permai.

Posted at 03:56 am by nazmah
Make a comment  





~SELAMAT DATANG KE DUNIA NAZMAH~
NAMA : Fatmah Wati Bte Abd Moes
ALAMAT : Sek.Keb.Tawau II, Peti Surat 62281, 91032 Tawau Sabah
KEGEMARAN : Membaca , Menulis , Mendengar Muzik Dan Memasak


   









Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed